Sunday 17 May 2015

Gunung Suku Part 3

Selepas sampai ke puncak yg pertama, kami menurun cerun sebelum mendaki kembali. Kali ini pokok telah memasuki hutan beumut (mossy). Keadaan persekitaran pada ketika ini hingga hampir ke puncak amat indah.


Pokok2 yang berlumut di kiri kanan track amat cantik. 




Gunung Suku part 2

Photo ketika mendaki Gunung Suku.



Lokasi gunung Suku dari Simpang Pulai ke Cameron Highland. Selepas melepasi Pos Slim. Sebelah kanan jalan.
Pendakian bermula pukul 8.30 pagi. Kecerunan antara 60 hingga 45 darjah menyebabkan ramai peserta yang tercungap cungap. Peserta group ini terdiri dari berbilang kaum. Mat Salleh, Chinese China yang telah bermastautin di Kanada, Cina Malaysia, India Msia, India India, melayu rasanya tak lebih dari 5 orang. Biasalah daki gunung bukannya boleh cakap banyak. Nak sedut oksigen dan bernafas lebih penting. Tercungap cungap. 
Pendakian kali ini, aku dapat test jam untuk check heart rate beat. Untuk usia sepertiku brt maksima 173. Sebaiknya ialah 85% dari keupayaan maksima iaitu 147. Sekiranya sentiasa melebihi 147 akan menyebabkan cramp atau kejang. Sekali sekali dibolehkan tapi tak boleh selalu. 

Pada ketinggian dalam anggaran 1200 meter terdapat puncak tipu. Alex dah sedia menunggu. Laju Mat Salleh ni.






Gunung Datok

Pendakian ke Gunung Datok bersama isteri dan anak perempuan berumur 7 tahun. Bermula pada pukul 9 pagi. Sampai ke puncak pukul 12. Rehat sebentar dan turun. Sampai di bawah pukul 2 ptg.

Mendaki Gunung Suku 17052015

Pada 17hb Mei 2015, Mendaki Gunung Suku bersama Group KL Hiking yg diketuai oleh Alex. Alex seorang Mat Salleh. Kenal melalui applikasi Meet Up.

Kami mula pendakian pada pukul 8.30 pagi. Sampai ke puncak 11.30 pagi.
Rehat sebentar di puncak dalam 15 minit selepas itu dah ada yg mula turun. Saya sempat bergambar kemudian turun. Pukul 1.07 petang dah sampai tempat parking. Hujan dah mula turun ketika berada paras ketinggian 1,100 meter.

Alhamdulillah perjalanan lancar.